"My Malaysian Tales": News and Reviews






"My Malaysian Tales", buku yang mengisahkan tentang Malaysia; adat, agama dan kehidupan masyarakat terutamanya di kampung, keindahan alam dan kehidupan baru Stefano Romano sebagai pensyarah tamu di Universiti Sains Malaysia (USM).

Melalui minat fotografinya yang mendalam dan kecintaannya terhadap kehidupan di negara Asia beliau dapat membawa pembaca memahami tentang budaya dan keindahan hidup dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Bagi saya buku ini lain daripada yang lain.

Buku ini bukan sahaja membawa saya mengembara secara fizikal dan intelek tetapi yang lebih terkesan saya dapat masuk ke alam abstrak emosi dan spiritual. Ya, empat komponen yang amat diperlukan untuk perkembangan positif manusia. Empat komponen inilah yang menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia iaitu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek fizikal (jasmani), intelek, emosi dan spiritual (rohani).

Beliau bukan sahaja membawa pembaca meneroka kehidupan masyarakat, menyingkap upacara agama: Islam, Hindu dan Buddha, tetapi lebih daripada itu dapat membugar akal fikir saya melalui dimensi kemanusiaan. Menjelajah bersama foto-fotonya, berimaginasi bersama-sama gaya bahasanya, dari satu topik ke topik yang lain telah membuat emosi saya berubah-ubah; gembira, bangga, kagum, bersemangat, sedih dan terkilan (terkilan dengan budaya Melayu yang semakin sirna dihakis arus pemodenan).

Tulisan dan foto-foto dalam buku ini saling melengkapi untuk saya melihat, menghayati dan menghargai alam dan setiap manusia di dunia ini. Secara tidak langsung juga saya dapat mengenali bahawa Stefano Romano seorang yang sangat prihatin dan empati terhadap nasib orang lain.

Foto-foto dan curahan hatinya yang memaparkan kasih sayang antara ibu dan anak; kekuatan mental ibu-ibu yang diuji dengan anak-anak yang sakit amat menyentuh hati. Fitrahnya, kasih sayang antara ibu dan anak adalah kasih yang sejati, hanya kasih Allah kepada makhluknya sahaja yang melebihi kasih ibu kepada anaknya.

    "Since that time, I have never stopped trying to investigate 
    this magical and mysterious bond between mother and child 
    that no man will ever understand." (p. 124)

Keghairahan Stefano Romano untuk mengetahui tentang hubungan misteri antara ibu dan anak ini menyebabkan saya teringat kembali apa yang saya ajar kepada ribuan murid selama berpuluh tahun tentang kejadian dan perkembangan manusia dalam subjek Biologi.

Seluruh perkembangan manusia bermula daripada terbentuknya zigot sehinggalah masa sebelum dilahirkan berada di dalam tubuh ibu; bersama nafas bersama denyut nadi ibu. Kejadian dan perkembangan manusia dalam rahim ibu juga banyak disebut Allah dalam Al-Quran. Anak itu telah wujud selama 40 minggu dalam jasmani serta sentiasa hadir bersama emosi, rohani dan intelek ibunya.

Bagi saya inilah yang dapat merungkai tentang hubungan ajaib dan misteri antara ibu dan anak.

Akhir kata, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Stefano Romano kerana dapat menghasilkan buku "My Malaysian Tales". Buku yang bukan sekadar cerita.

Cikgu Rohana Ismail 
4 November 2021





   



"My Malaysian Tales" by Stefano Romano is a photobook that clearly shows the interior of our country which is cheerful and harmonious with various races and cultures as well as religious beliefs.

His self-confidence has succeeded in producing exciting photos for anyone who flips through the pages of this book.

It is very clear that the writer is so excited about Malaysia and that makes him express all the excitement through his camera lens and record them for all to see.

As if shouting to the world loudly and telling that he once lived and loved Malaysia.

Nurul Wahida Harun
Manager of Ronald McDonald House Charity,
Hospital USM, Kelantan. Malaysia
February 2021







"This book encompasses a unique way of life in Malaysia. Beautiful culture photos really complete the look. Love it. 😁"

(Suhail Muhammad. Rome, 14 February 2021)





My book is now available at Amazon, follow these links to check it out:




Entah berapa puluh kali saya membaca kisah-kisah dalam buku My Malaysian Tales ini. 
Anehnya setiap kali membacanya, ia memberikan pelbagai rasa yang menusuk hati. Bahkan juga banyak ilham baharu bercambah dalam minda.
(baca selengkapnya di sini)

(Faizah Ahmad. Selangor. Malaysia.18 Januari 2021)

 

Sejujurnya aku suka sebab ia tentang Malaysia. Teringat semula waktu pertama kali hadir di kelas Stef (panggilan setengah dari kami sebagai kawan) di Jakarta. Waktu itu dia tengok aku dari atas ke bawah, mungkin sebab nampak muka aku macam orang tertinggal kapal terbang.

Bermula dari situ aku selalu tanya, "Tak nak buat ka buku tentang Malaysia?" Sebab sebal aku berserta jeles yang tak padan bila dia asik tulis tentang Indonesia. Haha 

"My Malaysian Tales" bukan sekadar buku sebaliknya menghimpun khazanah tentang adat dan kehidupan. Dirakamkan dengan cermat dan tersusun dalam gambar-gambar yang di ambil dikebanyakkan negeri yang sudah semestinya di Malaysia. 

Kutipan beberapa peribahasa Melayu yang dijadikan penyeri di dalam buku ini juga menjadikan buku ini tambah cantik dan menarik. 

Diselitkan juga unsur-unsur kemanusiaan, maksud aku di bab "A Debt To Be Paid" bersertakan kata-kata "Pain is an unexpected presence that decides for us" ~ Francisco Mele 

Hati ikut tersentuh dengan kisah tentang anak-anak yang diuji dengan kanser. Aku sayu beb sebab aku pernah lalu bagaimana perasaan seorang Cancer fighter. 

Senang cerita buku ini akan jadi kenangan di masa hadapan untuk masa lalu yang akan hilang. 

Terima kasih Stef sebab dalam buku hang ada juga pengalaman aku jadi driver masa nak cari port kampung-kampung di Kelantan. 

Cikseri Banang
Johor. 16 Januari 2021




   


"My Malaysian Tales" menghimpunkan "mimpi-mimpi" penulis untuk melihat kehidupan tradisional dilestarikan.Andai kata suatu masa nanti semua kampung tradisional berubah menjadi rumah batu bertingkat...
Perayaan tradisional tidak lagi disambut dengan penuh adat...
Laut, sungai, dan hutan menjadi hutan batu yang padat...
Buku karya Stefano Romano ini akan jadi pengubat rindu dan kenang-kenangan bahawa suatu waktu dahulu kita pernah menyatu dengan alam, bersatu dalam adat.
Sudah pasti buku ini 'mahal' harganya bagi penulis kerana beliau telah merakamkan bukan sahaja keindahan dan keunikan Malaysia dan masyarakat berbilang kaumnya, malah dinukilkan juga resah jiwa beliau menyantuni anak-anak penghidap kanser.
Terima kasih atas rakaman foto-foto dan tulisan eksklusif yang tidak ternilai harganya bagi kami warga Malaysia.
Grazie mille, Maestro. 
Till we meet again, Insya-Allah 

Mahalabiah Mohamad
Ummi 1M2B
~Aksara Berbicara, Foto Bercerita 





Review “MY MALAYSIAN TALES” (Farizah Shamsudin) 
Ini adalah buku terbaru hasil karya guru fotografi saya, Stefano Romano. Buku yang berkisahkan tentang kita, rakyat Malaysia. 
Mengenali Malaysia menerusi buku ini seolah-olah membawa kita mengenali diri sendiri, tentang asal-usul, kehidupan dan siapa kita. 
Apa yang saya rasa sebaik sahaja menghabisi pembacaan buku ini? 
Istimewa, bangga dan … ya, sedikit rasa malu. 
(baca selengkapnya di sini)

(Farizah Shamsudin. Kuala Lumpur, 5 January 2021)








Thanks to support my Book, to teacher, staff and nurse of Sekolah Dalam Hospital HUSM and Rumah McDonald, Kota Bharu, Kelantan.

(Malaysia, 21 December 2020)





"As I flip through the pages of My Malaysian Tales I tend to feel more and more attached with 'Orang Melayu'; thanks to Stefano Romano for his vivid description of the beautiful landscapes and people. One can clearly understand the fundamental theme of spirit, 'adat', and the soul of true Malaysians from the photos, description, and author's personal interpretation. It's not merely reading a travel story but entering into the heart of the country. I think the reader can realize the great importance of our tradition which we are going to abandon slowly."

(Sumita Chaudhury. Kolkata, 15 December 2020)


    


"A moment of life recorded precisely within the heart of the author Stefano Romano. My Malaysian Tales carries the message of how universal beauty does not recognize appearance, race and religion. Amidst the simplicity of life, happiness and sweetness still await for those who are always contented. Congratulations!"

(Neez Moksin. Brunei Darussalam, 14 December 2020)




"From blog to book...from soul to soul...about feel and pride...that flowed through writing...immortalized pictures of memories...for all to see and read.
📖This is the book...My Malaysian Tales...written by Tuan Stefano Romano.
📖This is a book about Malaysia... about my nation and my country... written and booked in such a way by an Italian...who once sowed his devotion at Universiti Sains Malaysia.
📖This book is a diary of his heart while in Malaysia...collecting all the stories...all the experiences...all the moments...immortalized as memories...especially in the north of Malaysia...where he worked and spent time in there.
📖The book that revolves around the nation and country of Malaysia should have a place in the heart of each of us...it is difficult to describe in words...because it is not an entertaining story...it is a real genuine experience...need to see and interpret it yourself through the pages read.
📖This book made me realize... how to be a Malaysian...a nation to be proud of...how much I enjoyed between then and now should be balanced...and not continue to be abandoned...because all of that is a legacy that is impossible to repeat.
📖Although I feel so excited for having this book and proud of it...but I feel ashamed either...why do I let all the feelings of love and affection for my Malaysian nation smell like oregano and pasta...it really shameful to feel it...really feel it!!!"

(Roza Nita Ahmad. Kelantan, 3 December 2020)



Photography for me is not looking, it's feeling. - Don McCullin

"It is no exaggeration to say that this book is suitable for you who want to know the uniqueness of Malaysians. Even for Malaysians who want to return to the sweet memories of their past.
From 'sky to earth'. From 'custom' to home. The pictures and comments given are the fundamental themes on the basic identity, spirit, and soul of true Malaysians.
Enjoy this book. Very unpretentious and modest but full of philosophical views, respectful, loving, expressive and creative.
Thank you yam leaves, no loss to buy."

(Norbaini Dolbakkri. Melaka, 2 December 2020)


by Yuliani Liputo
"Reading My Malaysian Tales provides the reader with the three dimensions of traveling: the physical, memory, and mental journey. At a time when traveling was very limited, reading this book was an experience that enriched the soul, gave a new perspective, refreshed the thirst for a meaningful journey." <Read the complete review here>





"My Malaysian Tales, an exemplary work of our good friend, Stefano Romano. By the title itself, I already knew I am in for an intimate journey to the customs and traditions of Malaysia, a country near to us geographically and by blood because of our ancestors' Malay descent. Intimate? Yes! Due to the author's style of putting himself with the subjects, he is talking about and being one of them. Obviously from the prologue, just an intro, but his emotional attachment can be felt already.

My interest increases as I open the pages, though  I already knew from the very beginning I am holding a unique book. Flipping the pages, my travel started... Smooth at first, familiarizing me with the people, their traits, soul, spirits. Then all of a sudden, I was brought to a hyperactive festival of the Tamil Hindus, which left me shocked. Followed by calmness brought about by the beautiful photos of places, sceneries, and landscapes. My travel went on and on, further, with some funny moments but also some undeniable issues that are deep and should be felt by the people and take action at.

For now, I need to stop continuing my unfinished journey. Excited about what awaits to be discovered and felt.

I invite all of you, who have not grabbed a copy yet, to join us in our journey, via My Malaysian Tales. God bless everyone."

(Gracious M. Ricafrente. Jeddah, 26 November 2020



"Leggo, guardo, rifletto e la gioia della scoperta padroneggia la mia anima. Perché? Perché il libro di Stefano abbraccia tutti e abbraccia tutto: bambine e bambini, donne e uomini,  vecchiette e viecchette, sole e nuvole, campi colti e campi incolti, paesini e città .. Il tutto in perfetta armonia anche quando tocca temi sensibili come l'urbanizzazione e non solo! Grazie!" 

(Adriana Jugaru. Rome, 18 November 2020)






Comments

Post a Comment